top of page

Tentang Kami

PENGENALAN

Yayasan Amal Insan Malaysia adalah badan kebajikan yang melakukan kerja-kerja

amal dan kemasyarakatan serta kebajikan dalam bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan,

ekonomi, sosial dan bidang-bidang lain yang boleh dimanfaatkan oleh warganegara Malaysia

tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan.


LATARBELAKANG
Yayasan Amal Insan Malaysia ditubuhkan kerana tanggungjawab dan minat yang mendalam

dan didalam bidang kebajikan. Kami sepakat mewujudkan satu platform bagi memudahkan

usaha kami menyebarkan kebaikan.
 

VISI
Ke arah Pendayaupayaan Individu, Keluarga dan Masyarakat.

 

MISI
Melaksanakan kerja-kerja amal kebajikan untuk meningkatkan kualiti hidup golongan sasar,

melalui perkhidmatan yang murni dan ke arah membentuk masyarakat yang lebih bertangungjawab.

 

MOTO
“Sebar Kebaikan Demi Kesejahteraan”

 

OBJEKTIF

 

  • Melaksana dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan serta kebajikan dalam
    bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan, ekonomi, sosial dan bidang-bidang lain yang
    boleh dimanfaatkan oleh warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan
    kepercayaan.

     

  • Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain yang mempunyai
    matlamat dan kepentingan yang serupa.

     

  • Membantu golongan yang kurang berkemampuan dari kalangan ibu tunggal,golongan asnaf,
    anak yatim, warga emas, berpenyakit, orang kurang upaya, gelendangan, masyarakat orang
    asli, miskin dan daif untuk melahirkan manusia seimbang.

     

  • Membina sahsiah dan pemikiran positif dengan memberi suntikan kerohanian dan spritual
    dengan mengadakan pelbagai program dan kempen.

     

  • Menyediakan bantuan kecemasan semasa bencana alam kepada mangsa - mangsa bencana
    alam khususnya dari golongan yang tidak berkemampuan.

     

  • Membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat dengan mengadakan
    perkhidmatan kelas tuisyen dan kursus keusahawanan percuma.

     

KUMPULAN SASAR
1. Ibu Tunggal
2. Golongan Asnaf
3. Anak Yatim
4. Warga Emas
5. Berpenyakit
6. Orang Kurang Upaya
7. Gelendangan
8. Masyarakat Orang Asli
9. Miskin Dan Daif

 

"Tidaklah akan berkurang harta yang kita infaq / sedekahkan dengan ikhlas keranaNya, Melainkan Allah akan menggantikan dengan berlipat ganda"

muka depan website opecity.jpg
Our Mission

Salurkan Sumbangan Anda

YAYASAN AMAL INSAN MALAYSIA

bottom of page