Program
Yayasan Amal Insan Malaysia komited membantu warganegara Malaysia tanpa mengira latarbelakang yang memerlukan bantuan.
Aktiviti tinjauan turun padang untuk mengenal pasti warga Negara yang terjejas akibat pelbagai permasalahan berkaitan kemiskinan.
Berikut aktiviti yang telah dijalankan diantara warganegara yang telah disantuni dibeberapa negeri seperti Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Terengganu dan Pahang.

KESIHATAN
Tujuan bantuan adalah untuk membantu kumpulan yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk membeli ubatan atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh Pengamal Perubatan. Bantuan kewangan juga diberikan untuk melengkapi kekurangan keperluan yang lain.
KEMISKINAN
Selain bantuan kewangan dan barang keperluan makanan diberikan, pihak kami juga menggalakkan golongan ini bekerja keras dalam membangunkan ekonomi keluarga. Selagi mereka ketinggalan, selama itulah mereka akan terus disitu dan keadaan ini tidak baik bagi pembangunan negara.Teguran dan tunjuk ajar diberikan, bagaimana mereka boleh mengatasi kemiskinan yang di alami.


ALAM SEKITAR
Merupakan salah satu program untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Program ini bukan sahaja melibatkan ngo tetapi ianya melibatkan masyarakat sekeliling.
PENDIDIKAN
Anak-anak kumpulan sasar adalah nadi penting kepada pembangunan keluarga terlibat. Menjadi tanggungjawab pihak kami juga untuk memberi bimbingan, dorongan dan sokongan kepada mereka agar terus berusaha dalam bidang pendidikan agar dapat memberi ‘cahaya’ kepada keluarga mereka di masa akan datang.


BANGSA LAIN
Kepelbagaian bangsa di Malaysia bukan satu hal yang baru. Amalan toleransi, hormat-menghormati, bekerjasama dan belas kasihan di antara warganegara yang tidak berkemampuan masih di amalkan sehingga kini.
KANAK - KANAK
Melihat anak-anak yang kurang berkemampuan dan keluarga mereka sebagai rakan kongsi dan menawarkan bantuan dengan cara yang bermaruah dengan mengambil kira keperluan budaya dan rohani kanak-kanak terbabit.


WARGA EMAS
Kehadiran mereka yang kurang upaya adalah rahmat kepada orang lain untuk mensyukuri nikmat kesempurnaan yang telah dikurniakan. Berpeluang meraih ganjaran apabila menghulurkan bantuan kepada yang lemah.
TURUN PADANG
Turun padang iaitu melihat sendiri kesengsaraan insan lain adalah cara yang paling mudah untuk menilai situasi yang dialami mereka.
Kumpulan sasar tidak harus dibiarkan tanpa bantuan yang bersesuaian, disebabkan desakan hidup tidak mustahil mereka boleh terjerumus dalam peningkatan kadar jenayah di dalam Negara.
